Tuesday, May 26, 2009

Suatu peristiwa yang mengubah hidup anda.

Dentuman guruh yang kuat dan sinaran kilat yang sabung-menyabung. Jiwaku tidak terasa selesa melihat sekumpulan remaja yang berpakaian seragam sekolah sedang bermain bola di padang. Hujan mencurah ke bumi, titisannya memasuki ke kamarku melalui jendela yang tidak ditutupi rapat. Aku khuatir dan risau jikalau salah satu diantara mereka disambar petir. Air mula membasahi mataku. Ingatanku terimbas pada kenangan lalu yang amat pahit dan susah untuk aku meredhainya.

Aku adalah pemain bola sepak nasional. Aku menyarung jersi skuad bola nombor sepuluh. Seperti biasa, skuad bola akan mengadakan latihan tiga kali setiap minggu selama lima ja. Bagi aku, disiplin adalah amat kritikal sebagai seorang kapten pasukan supaya aku dapat menunjukan teladan yang baik kepasa rakanku. Peluh membasahi jersiku sehinggakan aku mampu memerahnya. Jurulatihku, Alex, sedang sibuk dengan pihak media yang berpusu-pusu ingin menemuramah aku kerana akhir-akhir ini, aku dicalnkan sebagai pemain terbaik Asia.

Rakan karibku, Ishak, sedang berlatih bersamaku dengan penjaga gawang. Aku menendang bola ke arah Ishak lalu dia membalingkan dirinya, membuat akrobat, tetapi kelincahan penjaga gawang mampu untuk menahan bola dari pada memasuki gawang gol. Pandanganku tukar arah kepada awan hitam yang sedang menyelebungi langit. Aku menghiraukannya kerana aku sangka ia mungkin akan hujan gerimis sahaja. Tetapi dalam masa dua minit, sangkaan aku terbukti salah. Titik-titik air yang mulanya seperti menyentuh kulit muka ku bertukar menjadi lebih lebat, seperti menghalang aku daripada berlatih. Kami pun melonjat kegembiraan, bagaikan rusa masuk kampung, dengan keghairahan kami bermain bola di dalam hujan. Petir pun terus menyambar ke arah bangunan PPL. Aku mengerahkan skuad untuk pergi ke tempat yang berteduh. Ishak juga membantuku kerana aku seorang tidak daat mengerahkan pemain yang nakal ini.

Malang tidak menyebelahi kami, belum sempat apa-apa, aku terasa seperti petir sedang menyambar ke arah tiang gawang. Tetapi Ishak yang dikenanya. Aku terdengar suara mersik yang keluar daripada mulut Ishak ," ALLAHHUAKHBAR!!" Hatiku pecah seribu melihat Ishak yang terlantar, tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Pada saat itu, aku tahu Ishak telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang separuh hangus. Serpihan daripada petir itu tersambar ke kakiku. Aku rebah dan tidak sedarkan diri.

Ketika aku sedar, aku berada di hospital dengan kerusi roda di sisi katilku. Aku melihat kearah kakiku. Aku tersentak sebentar sebelum aku meluahkan perasaan sedihku akan keadaanku yang cacat. Kakiku terpaksa dibuang kerana takut ia akan memudaratkan kesihatan.

Aku tejaga dari lamunanku. Aku melihat kearah jendela sekali lagi, mereka sudah tiada. Aku tenang. Kerana kecacatanku, aku tidak boleh menyertai skuad bola malah sekarang aku dilantik sebagai jurulatih muda bawahan Encik Alex.