Thursday, August 13, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Singapura sebagai rakyat Singapura

Assalamualaikum para hadirin sekalian. Pada 0908, rakyat Singapura telah meraikan hari kemerdekaan mereka yang ke empat puluh empat. Saya berbesar hati mengucapkan selamat hari kemerdekaan Singapura kepada semua umatnya tidak kira bangsa, agama, dan lidah.

Hari Kebangsaan ini penting bagi mengingatkan kita semua apa yang dilalui oleh orang tua kita, pemimpin kita hinggalah Singapura menjadi negara termasyhur. Mereka telah membanting tulang untuk membangunkan Singapura supaya manusia akan datang akan menikmati keindahan alam di Singapura. Hari itu juga mengingatkan kita tentang perjuangan orang tua kita mengawal keamanan dan kesejahteraan di dalam negeri ini. Hari 0908 menunjukkan kita bahawa Singapura telah berjaya untuk berdikari sendiri selama empat puluh empat tahun.

Ketika kita menyambut hari kemerdakaan kita, kita tidak lupa juga akan orang yang menderita ataupun orang yang kurang upaya. Mereka juga ingin meraikan hari kemerdekaan ini sama dengan kita. Dengan itu pihak penganjur NDP telah meminta orang supaya dermalah dengan selera hati untuk menolong orang yang kurang upaya.

Pada hari tersebut, hanya beberapa ribu orang yang akan terpilih untuk menonton perayaan hari tersebut di satu-satunya pentas terapung yang terbesar di dunia di Marina Bay. Dan juga sudah tentu setiap tahun akan ada pembarisan dari Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Polis Singapura, Pasukan Bomba Singapura, dan lain-lain lagi. Persembahan oleh Pasukan Pertahanan Singapura tidak gagal untuk memukau kita dengan ketangkasan mereka memerangi pengganas di Singapura. Dan juga pada pukul 8:22 malam, seluruh rakyat Singapura di seluruh dunia mengambil ikrar sebagai seorang rakyat Singapura.

Pada hari 0708, perdana menteri Singapura, Encik Lee Sien Long, telah membuat taklimat mengenai kemerdekaan Singapura yang ke empat puluh empat. Dalam taklimatnya itu, dia juga mengetengahkan isu-isu sosial di Singapura. Beliau juga mengatakan bahawa walaupun Singapura sekarang terjejas dengan isu kemerosotan ekonomi, Singapura masih mampu menolong pihak dan syarikat yang memerlukan wang supaya ekonomi Singapura kekal bersaing. Ini juga menunkukkan bahawa pentingnya untuk kita mengikat akan Pertahanan Mutalak yang kita raikan setiap tahun 1502.

Thursday, August 6, 2009

Tulis sebuah peristiwa yang menyegarkan diari memori kamu sehingga terkenangkan kedua-dua orang tua kamu yang telah lama berpisah dengan kamu.

Pandangan mata aku tertumpu ke arah seorang warga miskin dengan anaknya, sedang meminta sedekah. Anaknya terbaring di lengan ibunya tenat dan layu. Aku teringat akan kedua ibu bapaku yang telah lama meninggalkanku. Aku membiarkan sejenak fikiranku menerawang. Aku terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran.


Warga miskin itu boleh diwatakkan bagaimana aku melalui masa lampau dengan penuh kesedihan Dahulu kehidupanku susah, setiap hari keluargaku berpuasa untuk mengelakkan dari menggunakan wang. Aku teringin sangat ke sekolah tetapi wang yurannya terlalu tinggi untuk aku. Ayahku tidak mampu untuk bekerja kerana dia mengalami penyakit barah yang serius. Dia juga tidak mampu untuk mengambil rawatan kerana kos pembedahan yang amat tinggi. Walaupun mereka dalam kesempitan wang mereka tidak pernah tergerak hati untuk meminjam wang dari pihak lain, mahupun keluarga sendiri. Ada juga jiran yang berdekatan menghulurkan bantuan dengan memberikan makanan dan pakaian. Namun perhubungan kami sekeluarga tidak lama. Kami diusir keluar dari rumah oleh pihak bank kerana tidak bayar sewa rumah selama tiga bulan. Kami terpaksa berpindah ke pondok berdekatan. Penyakit ayahku semakin teruk dan dia kembali ke rahmatullah. Aku dan ibuku terpaksa redha dengan penentuanNya dan harus menjalankan kehidupan sebagai seorang pengemis.

Aku terlihat ibuku sedang berbincang dengan seorang wanita yang anggun. Wanita itu menghulurkan wang yang banyak. Selepas itu aku disuruh oleh ibu tersayangku untuk mengikuti wanita itu ke dalam kereta mewahnya. Semenjak itu aku tidak pernah berjumpa dengan ibuku. Aku dilayan, dijaga dan juga dicurahkan dengan kasih sayang yang berlimpahan oleh ibu angkatku. Aku juga hidup dengan selesa, tidak kekurangan apa-apa pun dan aku diberi pembelajaran yang cukup hingga kau ke universiti. Aku tidak pernah lupa untuk mengerjakan solat lima kali setiap hari. Setiap solat aku tidak lupa juga untuk berdoa kepada tuhan supaya ibu kandungku sihat untuk dia menyambung kehidupan seharian dan aku ingin berjumpa dengannya.


Aku amat bersyukur akan keadaanku. Aku diberi layanan baik oleh ibukandungku. Dia sentiasa mengingatiku supaya jangan berdendam dengan ibuku kerana dia tidak bersalah. Ibuku menjualku kepadanya kerana dia terdesak untuk menggunakan wang untuk hidup. Namun ada sekali-kala aku berasa marah akan ibuku kerana dia sanggup tinggalkanku. Aku berharap sekali ingin bertemu dengannya. Aku pernah termimpi akan aku terserempak dengannya ketika aku pulang dari kolej ke rumah. Pernah aku diejek di sekolah oleh rakan-rakan yang perangai macam setan.


Aku tahu kasih sayang yang dilempar kepadaku tidak sama dengan yang dicurahkan oleh keluarga kandungku Aku mempedulikan ejekkan dan menekatkan diri untuk berjaya di dalam kehidupan untuk membalas jasa ibu bapaku walaupun mereka tidak dapat melihat dan merasai kejayaanku. Akhirnya aku berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.


Aku mengeluarkan wang sebanyak dua puluh ringgit dan menghulurkan bungkusan makan yang aku beli dari gerai Makcik Lintah untuk makan tengah hari nanti. Namun aku terlihat wajahnya yang mirip-mirip seperti wajah ibu kandungku. Aku menanyakan kepadanya samada dia masih mengikati aku. Tekaan aku tepat, air mata yang bertakung di mataku mengalir dengan derasnya ke pipiku. Insan yang selama ini aku cari akhirnya aku temui juga.

Thursday, July 30, 2009

Bincangkan tentang trend pakaian remaja hari ini. Beri pandangan kamu dari segi kesopanan dan kesesuaian pakaian dalam sesuatu majlis.

Remaja zaman kini selalu berpakaian mengikuti trend orang barat, atau pun artis idola mereka. Tetapi kebanyakan daripada mereka memakai pakaian yang amat ketat, pendek dan terdedah bagi sesetengah kaum wanita. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai jeans yang berlubang-lubang, ataupun memakai jaket ketika waktu panas. Mereka lebih mementingkan imej mereka daripada keselesaan dan penutupan aurat. Dengan ini juga, pemakaian mereka lebih jauh daripada pemakaian orang dahulu yang berlengkapkan baju kurung, atau kebaya dan tudung.

Bincangkan cara-cara yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Nyatakan atau buktikan cara-cara yang awak ketengahkan merupakan strategi yang baik.

Cara-cara yang berkesan ialah dengan belajar dengan memahami dan mampu untuk mengaplikasikan faktor-faktor yang diberi. Ini kerana supaya pemikiran akan berputar balik mengenai topik itu. Ia juga mampu unutk menyimpan maklumat penting. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian. tetapi itu masih tidak cukup. Seseorang itu harus mengulangkaji topik tersebut supaya topik itu sering bermain-main di minda kita. Justeru itu, apabila seseorang itu sedang menduduki peperiksaan, dia dapat menjawab soalannya kerana dia telah mengingati apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut dan telah biasa dengan soalan seperti itu.Tetapi ia memakan masa yang lama jadi seseorang itu harus memulakan pembelajaran atau ulangkaji kerja sekolah mereka jauh dahulu sebelum peperiksaan.

Bincangkan tentang faedah-faedah yang boleh diraih dalam kita bersukan. Cuba kaitkan dengan nilai murni, kesihatan, ekonomi, hubungan baik antara indi

Dengan bersukan, kita dapat menyegarkan badan kita dan kita juga dihindari dari segala penyakit yang berbahaya. Dengan itu kita dapat ke sekolah ataupun kerja supaya kita dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Jika rakyat dapat bersepadu untuk bersukan, negara terebut akan dihindari oleh rusuhan ataupun pergolakkan kaum. Kerana dengan bersukan kita dapat mengeratkan lagi hubungan anatara kaum dan rakyat. Justeru itu Bersukan adalah penting kereana ia boleh menjejaskan personaliti, emosi dan pekerjaan seseorang.

Bincangkan bagaimana kita boleh mengeratkan lagi hubungan antara kaum di sekolah ini secara khususnya dan di Singapura secara umumnya.

Ada pelbagai cara untuk memperbaiki hubungan antara kaum.Satu daripadanya ialah dengan mengenal mereka dengan lebih rapat. Kita perlu pelajari kaum dan adat mereka supaya kita tidak akan terguris hati mereka. Kita mesti ambil tahu apa larangan bagi kaumnya. Contohnya, kaum Muslim. Larangan bagi orang Muslim ialah lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita. Haram. Dan juga orang Muslim hanya makan rezeki yang halal. Halal dari sudut ini ialah tiada kadungan khinzir, binatangnya disembelih dengan cara Islam, ataupun lain-lain lagi. Dengan ini kaum yang lain akan cuba menghindari aspek larangan kita supaya kita berasa selesa ketika mereka bersama.
Tetapi pihak pemerintah juga harus memainkan peranan supaya hubungan antara kaum yang berbeza dapat di eratkan.Ia seperti menghadkan jumlah penduduk yang berbangsa sama pada sesebuah blok supaya mereka boleh tinggal bersama. Pemerintah juga boleh mengadakan aktiviti untuk kaum pelbagai bangsa menyertai. dengan ini mereka akan mengeratkan sirratulrahim dan mereka akan memaafi stu sama lain jika ada salah faham antara sesendiri. Walaubagaimanapun, masih ada juga sesetengah kaum yang tidak boleh bekerjasama , pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman supaya mereka tahu penting dan baiknya hubungan antara kaum yang kuat.
Di sekolah juga, pengetua sekolah harus memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja dia harus melantik guru-guru yang berguna, malah dia harus melantik guru dari berbilang bangsa. Ini supaya mereka dapat memberi contoh kepada pelajar. Dan hari keharmonian kaum juga [patut dirai di sekolah supaya pelajar akan dapat tahu tentang kaum lain seperti, melayu, cina, keling ataupun orang putih. Oleh itu pelbagai aktiviti juga boleh diadakan sempena meraikan hari tersebut. Pihak administrasi juga perlu bijak memenuhkan sesebuah kelas penuh dengan kaum yang berbeza. Ini supaya mereka dapt bekerjasama ketika ada projek sekolah.
Secara keseluruhan mengeratkan hubungan antara kaum dapat memberi manfaat kepada seseorang individu, kumpulan dan juga masyarakat. Dengan itu Singapura boleh dijadikan contoh kepada negara yang lain sebagai negara yang berbilang kaum. Terima Kaseh!

Ikrar Keharmonian Kaum

Saya berikrar akan memilih kawan tidak kesah warna kulitnya ataupun keturunannya.

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa?

Kita boleh mendidik mereka dan menekankan pentingnya berbudi bahasa. Kerana anda pasti tidak ingin orang yang berkelakuan biadap terhadap kamu. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu tiada nilai moral. Dalam hal ini juga ibu bapa memainkan peranan yang penting supaya anak mereka dididik dengan betul. Tetapi jika zaman dahulu, ibu bapa mereka berkelakuan buruk, pasti anak mereka akan mencontohi sikap mereka dan ibu bapa ini akan terasa peritnya mengaja anak yang biadap. Kebaikan berbudi bahasa, orang awam akan lebih senang berada dengan kita kerana akhlak kita dan budi bahasa kita. Ia seperti jikalau kita menghormati seseorang itu, pasti dia akan membalas balik kebaikan kita. Dalam susut pekerjaan majikan akan lebih tertarik dengan budi bahasa kita dan mungkin kita akan dipilih untuk mewakili syarikat. Dengan ini nama syarikat akan maju dan tidak dicemar.

Mengapa penting kita utamakan keharmonian kaum?

Keharmonian kaum adalah penting kerana ini supaya negara singapura akan menjadi aman dan tiada kacau bilau ataupun kekecohan ayng berlakau yang boleh mengancam nyawa rakyat. Jika kaum di singpura tidak harmoni, akan ada pergolakkan ataupun rusuhan kaum yang berlaku.

Tuesday, May 26, 2009

Suatu peristiwa yang mengubah hidup anda.

Dentuman guruh yang kuat dan sinaran kilat yang sabung-menyabung. Jiwaku tidak terasa selesa melihat sekumpulan remaja yang berpakaian seragam sekolah sedang bermain bola di padang. Hujan mencurah ke bumi, titisannya memasuki ke kamarku melalui jendela yang tidak ditutupi rapat. Aku khuatir dan risau jikalau salah satu diantara mereka disambar petir. Air mula membasahi mataku. Ingatanku terimbas pada kenangan lalu yang amat pahit dan susah untuk aku meredhainya.

Aku adalah pemain bola sepak nasional. Aku menyarung jersi skuad bola nombor sepuluh. Seperti biasa, skuad bola akan mengadakan latihan tiga kali setiap minggu selama lima ja. Bagi aku, disiplin adalah amat kritikal sebagai seorang kapten pasukan supaya aku dapat menunjukan teladan yang baik kepasa rakanku. Peluh membasahi jersiku sehinggakan aku mampu memerahnya. Jurulatihku, Alex, sedang sibuk dengan pihak media yang berpusu-pusu ingin menemuramah aku kerana akhir-akhir ini, aku dicalnkan sebagai pemain terbaik Asia.

Rakan karibku, Ishak, sedang berlatih bersamaku dengan penjaga gawang. Aku menendang bola ke arah Ishak lalu dia membalingkan dirinya, membuat akrobat, tetapi kelincahan penjaga gawang mampu untuk menahan bola dari pada memasuki gawang gol. Pandanganku tukar arah kepada awan hitam yang sedang menyelebungi langit. Aku menghiraukannya kerana aku sangka ia mungkin akan hujan gerimis sahaja. Tetapi dalam masa dua minit, sangkaan aku terbukti salah. Titik-titik air yang mulanya seperti menyentuh kulit muka ku bertukar menjadi lebih lebat, seperti menghalang aku daripada berlatih. Kami pun melonjat kegembiraan, bagaikan rusa masuk kampung, dengan keghairahan kami bermain bola di dalam hujan. Petir pun terus menyambar ke arah bangunan PPL. Aku mengerahkan skuad untuk pergi ke tempat yang berteduh. Ishak juga membantuku kerana aku seorang tidak daat mengerahkan pemain yang nakal ini.

Malang tidak menyebelahi kami, belum sempat apa-apa, aku terasa seperti petir sedang menyambar ke arah tiang gawang. Tetapi Ishak yang dikenanya. Aku terdengar suara mersik yang keluar daripada mulut Ishak ," ALLAHHUAKHBAR!!" Hatiku pecah seribu melihat Ishak yang terlantar, tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Pada saat itu, aku tahu Ishak telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang separuh hangus. Serpihan daripada petir itu tersambar ke kakiku. Aku rebah dan tidak sedarkan diri.

Ketika aku sedar, aku berada di hospital dengan kerusi roda di sisi katilku. Aku melihat kearah kakiku. Aku tersentak sebentar sebelum aku meluahkan perasaan sedihku akan keadaanku yang cacat. Kakiku terpaksa dibuang kerana takut ia akan memudaratkan kesihatan.

Aku tejaga dari lamunanku. Aku melihat kearah jendela sekali lagi, mereka sudah tiada. Aku tenang. Kerana kecacatanku, aku tidak boleh menyertai skuad bola malah sekarang aku dilantik sebagai jurulatih muda bawahan Encik Alex.

Friday, April 24, 2009

Surat Kiriman

Muhammad Asri Zainudin
Jalan Babas, Blk 9
#99-999

290409

Pengurus Sistic
Jalan Latipah Blk 54
Singapura 123456

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN

Berhubung perkara diatas, saya selaku pelanggan Sistic dengan sukacitanya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan tuan yang kurang memuaskan. Ini telah menjejas banyak orang yang berpusu-pusu ingin membeli tiket untuk menonton persembahan.

Saya mendapati ada beberapa perkara yang kurang memuaskan. Layanan jurujual di kaunter kurang sopan. Dia sering menengking-nengking terhadap saya. Saya dapati daripada raut wajahnya, dia bosan atas sikap saya yang sedang semak jumlah wang yang perlu dibayar. Dia mungkin mempunyai masalah di rumah tetapi dia tidak harus mencampuradukan hal keluarga dengan kerja. Ini boleh menjejas martabat syarikat tuan secara keseluruhan.

Saya juga mendapati masalah ketika melungsuri lelaman tuan. Masalah seperti teknikel dan lain-lain lagi sering ditemu. Saya juga perasan bahawa lelaman itu tidak menjelaskan harga-harga tiket, jenis-jenis tiket dan pelbagai lagi. Lelaman tuan seperti ketinggalan zaman. Tiket-tiket yang lama masih lagi ada. Saya juga dapati sukar untuk membeli secara 'online' kerana sistem pembayaran di lelaman itu tidak berfungsi. Saya harap pihak tuan dapat mengupah seorang yang pakar dalam bidang IT supaya dia dapat membantu tuan untuk mengemaskinikan lelaman tuan untuk memuaskan kehendak pelanggan.

Semoga dengan aduan dan masalah yang saya telah ketengahkan ini dapat perhatian tuan. Dan supaya tuan dapat mempertimbangkan cadangan saya supaya syarikat tuan akan kekeal bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Secara tidak langsung juga pelanggan akan gembira dengan perkhidmatan yuang diberikan oleh pihak tuan.

Saya mahu ucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang tuan berikan. Besarlah harapan saya jika tuan sudi kunjung ke setiap cawangan tuan yang ada untuk melihat dengan lebih jelas lagi masalah yang kami hadapi. Secara tidak langsung, ramai pelanggan yang sudi berkunjung ke kaunter tuan untuk membeli tiket.

Perhatian dan pertimbangn tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Muhammad Asri Zainudin

Friday, April 3, 2009

Sambutan Hari Persahabatan Kaum

Hari ini, aku berpakaian juba dilengkapkan dengan tarban. Wajahku dihiasi dengan misai yang melenting menyerupai wajah orang arab. Aku memakai capal dan badanku disembur dengan minyak atar. Tetapi aku terasa tidak sedap hati, kerana pakaianku tidak kena dengan beg sekolahku yang besar.

Aku menaikiki bas 28 untuk ke sekolah. Ramai merenung ke arah aku. Aku rasa tidak selesa dan malu. Namun hatiku berniat untuk menyambut hari persahabatan kaum di sekolah bersama guru-guru dan rakan-rakanku.

Kakiku melangkah ke dewan sekolah untuk menonton persembahan yang diadakan oleh kumpulan Budaya Singapura sempena perayaan ini. Ia mengisahkan empat rakan baik yang berbilang kaum datang ke sebuah negara untuk melanjutkan pelajaran. Namun negara itu menghadapi kesukaran untuk meharmonikan rakyatnya kerana pertengkahan anatara kaum. Persembahan itu memberi pengajaran bahawa persahabatan kaum itu penting untuk mendirikan negara.

Aku juga sempat bergambar dengan rakan dan guruku yang mengenakan baju kurung, cheong sam dan berbagai-bagai. Ada yang tidak mengenakan apa-apa. Maksudnya mereka hanya memakai baju sekolah. Kami juga mengongsi makanan tradisional bangsa sesama rakan-rakan semasa di kelas. Aku menyumbangkan roti pita yang melambangkan makanan tradisional orang Arab. Aku juga dapat merasakan makanan orang Cina, Melayu, dan Tamil. Hatiku seperti was-was akan makanan itu samada ia halal atau tidak. Makanan itu seperti kuih bulan, roti canai, kek matahari, kuih tat dan juga chapati.

Lepas sekolah, aku ke perpustakaan untuk membuat projek yang memerlukan penyelidikan mengenai bangsa-bangsa dan sejarahnya. Perhatianku tertarik kepada sebuah artikel lama yang menceritakan kisah lama yang terjadi di Singapura. Ia membabitkan pertengkahan antara dua kaum, Melayu dan Cina. Orang melayu sedang merayakan perayaan Hari lahir Nabi Muhammad. Mereka berbaris di jalan raya sambil mengalu-alukan nama Yang Maha Esa. Tetapi orang Cina seperti tidak senang hati akan perayaan yang diadakan itu. Orang itu membaling sebuah botol kearah kumpulan ramai. Selapas itu mereka bergaduh dan mengakibatkan ramai pembunuhan dan rusuhan berlaku.

Secara keseluruhan pada hari tu, saya mempelajari bahawa tanpa Hari persahabatan kaum, kita tidak dapat mengalu-alukan persahabatan antara bangsa.

Wednesday, April 1, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara sendirian. Bincangkan.

Karangan Ekspositori






Dia Ibu ku

I-informasi

A-analisis


I-isi

B-bukti, contoh-contoh
U-ulasan kecil untuk isi itu sahaja


K-kesimpulan, penanda wancana

U-tekankan 'umph'




Tidak! Belajar dalam berkumpulan lebih tidak baik berbandingkan daripada belajar sendirian. Ada sesetengah pelajar yang tidak setuju kerana memang ada sesetengah orang yang belajar lebih baik jika berkumpulan.

Belajar dalam berkumpulan ada baik dan buruknya. Yang baik, pelajar dapat mengongsi idea atau menukar pandangan supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru atau untuk pengukuhkan pendapat mereka. Jika mereka duduk dalam satu meja dan berbual tentang sesuatu topik dan jika mereka ada sebarang keraguaan atau masalah yang ingin diselesaikan mereka boleh menanyakan kepada ahli kumpulan lain. Dengan ini idea atau informasi tentang topik itu tidak terhad untuk sesetengah orang malah informasi seseorang boleh melebihi apa yang diperlukan untuk menjawab kertas soalan dalam peperiksaan. Kerjasama dan disiplin setiap ahli kumpulan d=perlu ada untuk proses pembelajaran berlaku. Jika tidak mereka akan berbual tentang topik yang tiada kaitan dengan pembelajaran sekolah. Mereka juga mungkin membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.
Belajar secara sendirian juga ad baik dan buruknya. Yang baiknya seseorang itu akan lebih fokus ketika sedang belajar. Mereka juga akan mengadaptasikan keadaan dan suasana untuk proses pembelajaran berlaku. Contohnya seperti seseorang itu akan menyediakan makanan dan minuman sebelum belajar kerana mereka belajar lebih baik ketika sedang mengunyah sesuatu. Ataupun ada diantara mereka yang belajar sambil mendengar muzik. Ibu bapa kadang-kala tidak percaya atau mengatakan cara ini mengarut tetapi ia berkesan mengikut kajian para saintis. Tetapi ada uruknya juga. Mereka tidak dapat menyelesaikan keraguaan mereka atau masalah yang mereka hadapi ketika mengulangkaji. Jika ini berulang mereka mungkin akan putus asa untuk memahami soalan atau menyelesaikan keraguaan mereka. Tetapi bagi pelajar yang baik, dia akan mengemukakan keraguan mereka atau masalah mereka di kelas atau kepada cikgu. Seseorang yang belajar secara sendirian juga akan lebih fokus kerana tiada halangan yang menguji nafsu mereka.
Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa belajar secara sendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan. Ini kerana pelajar dapat fokus lebih ketika sendirian dapat dapat menyelesakan diri mereka ketika sedang belajar.

Friday, March 27, 2009

Peristiwa yang menggembirakan pada hujung minggu.

Pada hujung minggu ini, akhirnya saya dapat pergi ke kelas madrasah saya di Onan Road. Saya selalu menanti-nantikan hari minggu. Disana saya dapat mempelajari banyak perkara tentang pelajaran Islam.

Saya dipindahkan dari Madrasah Jamiyah ke Madrasah Masjid Khalid. Ciri-ciri dan suasana di Masjid Khalid membolehkan para pelajar untuk belajar dengan keadaan yang selesa. Kami belajar seperti cara orang kampung, duduk bersila berkerumun Ustaz yang sedang memberi ceramah. Walaupun sistem di situ tidak tersusun objektifnya adalah hanya untuk meningkatkan ilmu pelajar dalam pelajaran Islam. Pada tahun akhir, pelajar yang telah lulus peperiksaan boleh menyambungkan pembelajaran untuk mendapat kelulusan diploma dalam pembelajaran Islam. Saya memang berazam untuk mendapatkan sijil itu.

Tetapi pada minggu ini saya ingin bertanya kepada Ustaz saya tentang Al-Quran. Penjelasannya jelas dan kami dapat memahami apa yang cuba dikatakan. Ustaz kami tidak pernah memarahi kami walaupun keadaan tunggang-langgang. Prinsipnya ialah tidak berguna jikalau memarahi seseorang jikalau hatinya meng keras, sebaiknya kita nasihat dia atau berbaik dengannya supaya hatinya lembut. Dan dengan mendengar dan memahami ceramahnya, dia perpendapat bahawa mereka akan sedar yang diri mereka adalah lemah tanpa pertolongan dari Yang Maha Esa. Pada bulan lalu, dia tidak dapat hadir ke kelas kerana ada urusan penting. Hatiku seperti pecah seribu. Tetapi pada kelas minggu selepas itu, dia belanja kami sekelas makan Pizza. Ia bermakna kerana kami berpendapat bahawa Ustaz kami mahu menebus kesilapannya kerana tidak hadir ke kelas tetapi kami juga tahu dia suka mengongsikan rezekinya.

Tetapi, kadangkala, saya terasa malas untuk pergi kelas kerana ia terletak jauh dari rumah saya. Saya perlu menaiki bas 28 dari Sekolah Menengah Dunman dan turun di perkentian bas si Joo Chiat. Perjalanannya memakan masa yang paling lama empat puluh minit. Dari situ saya akan mengunjungi rumah nenek dan saudara saya yang sama deret di tingkat sebelas.

Masjid Khalid juga terkenal dengan masakan enaknya. Mereka pakar memasak lauk Briyani yang luar biasa. Rasanya seperti bermian-main di lidah. Mereka sering memasak lauk ini dan akan menjualnya sebagai amal. Kadangkala, ketika saya sedang belajar, aromanya mmenusuk ke lubang hidungku menggugat nafsuku. Saya juga selalu nanti-nantikan hari Sabtu bulan Ramadhan, mereka akan menyediakan nasi briyani untuk waktu berbuka. Selepas solat terawih, mereka akan mengagihkan nasi briyani ini jika masih ada lagi. Jika bergitu waktu akan mencecah pukul sepuluh malam dan jika saya mahu pulang ke rumah ia akan mencecah sebelas. Dengan itu saya berkiamulai di masjid. Pengalaman ini bermakna kerana saya dapat pengalaman dan mempelajari Islam dengan lebih dalam lagi.

Akhirkata, saya pelajari pelbagai perkara dan juga saya dapat meningkatkan minat dalam Islam.

Saturday, March 14, 2009

14 haribulan 3

Hari ini saya bercadang untuk pergi berpancing di pantai Changi tetapi keadaan tidak mengizinkan. Jam pukul sembilan pagi, saya baru bangun dari tidur dan saya telah pun mendapat buku rekod sekolah. Ibu saya tidak beberapa gembira dengan keputusan saya. Katanya cikgu telah mengatakan pelbagai benda yang negatif tentang saya ketika di 'Parent Teacher Dialog'. Selepas mandi saya pergi ke bilik stor dan mengeluarkan joran saya. Saya menyiapkan peralatan saya dan lalu sarapan pagi. Waktu sudah pun 3 petang dan saya masih di rumah. Tengok-tengok juga jam bila hendak pergi tetapi saya sedang tonton cerita Hindustan. Saya memang bercadang hendak keluar pukul 5 petang dan pulang esok lapan pagi. Jadi sempatlah saya tidur sebentar sebelum saya pergi ke kelas agama esok. Tetapi cuaca semakin lama semakin gelap. Hati saya semakin lama semakin tidak tenteram. Ketika saya hendak menukar pakaian saya untuk pergi, ibu saya pun teriak," Asri dah hujan ni! Tak usah pergi pancing." Saya betul-betul marah tetapi kemarahan itu terpaksa dihilangkan kearana ia diibaratkan seperti melawan takdir. Saya menyimpan peralatanku dengan muka yang muram. Sudah lama saya tidak pergi pancing tapi kali ini ada sahaja yang timbul. Aku mengerakkan kakiku ke dalam bilik dalam mengeluarkan buku sekolah dan selesaikan kerja sekolah. Sambil itu terfikir-fikir juga ikan yang bakal saya dapat jikalau saya pergi pancing siang tadi.

Friday, March 13, 2009

Filem yang anda gemari




Saya gemari toton filem Qabil Khushry Qabil Igam. Ia mengisahkan tentanh persahabatan antara adik beradik yang boleh diibatratkan seperti air dincincang tidak akan putus. Pada mulanya ia menceritakan tentang dua adik beradik lelaki yang rapat sejak kecil lagi. Ceritanya bermula dengan Khushry dan Igam yang lewat ke sekolah. Mereka terpikat dengan sepasang beradik yang perempuan. Mereka pun jatuh cinta dan bercadang untuk berkahwin tetapi Igam menghadapi masalah ketagihan dadah sejak dia menuntut di universiti. Dia ditangkap polis dan telah dibebaskan. Igam mula insaf dan lama-kelamaan dia di sahkan menghidapi HIV positive. Kekasihnya juga telah dikahwinkan dengan lelaki yang sudah beristeri kerana keluarnya ingin menutup malu. Igam mengongkong dirinya di dalam bilik. Ibubapanya tidak tahu akan ini. Ini sehinggakan dia mengamuk dan hilang kawalan diri sehinggakan dia menolak ayahnya ketika membongkar rantai emas untuk digadai untuk membeli dadah. Kepala ayahnya terantuk di tiang rumahnya lalu berdarah dan disitu juga ayahnya meniggal dunia, Ketika orang kampung sedang membaca surah yasin pada hari pengebumian, Igam pun datang melutut di depan mayat ayahnya dan merayu kepada ibunya untuk memaafkanya. Namun ibunya tidak mempedulikannya dan menghalau Igam dari rumah. Khushry menjelaskan kepada ibunya yang Igam hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk hidupkerana menghidapi penyakit HIV. Ibu tersedar dan air mata menitis ke pipinya. Khushry mencari adiknya yang sedang menyembunyikan diri dari polis di sebuah pondok. Khushry merayu kepada Igam supaya menyerah diri . Apabila mereka berdua keluar untuk menyerak diri, suami bekas kekasih kepada Igam merampas sepucuk pistol dari polis yang sedang berjaga di situ lalu melepaskan sedas tembakan kearah Igam. Khushry sedih bercampukan marah lalu mengabil pisau dan lari kearah pembunuh itu. Ketika itu polis sudah menahan pembunuh itu tetapi Khushry masih marah dan ingin menghunuskan pisau itu ke arah pembunuh itu. Polis pun melepaskan tembakan ke arah Khushry.


Akhir kata cerita ini mengisahkan tentang pertalian yang amat kuat antara adik beradik. Si abang akan menjadi ketua dan mengajar adik kepada jalan yang benar. Kita jangan putus asa dengan ahli keluarga kita walaupun mereka sejahat mana pun kerana pertalain antara kita dan mereka adalah terlalu indah dan tidak ada apa yang menggantikan keindahan itu selain Allah s.w.t