Thursday, July 30, 2009

Bincangkan tentang trend pakaian remaja hari ini. Beri pandangan kamu dari segi kesopanan dan kesesuaian pakaian dalam sesuatu majlis.

Remaja zaman kini selalu berpakaian mengikuti trend orang barat, atau pun artis idola mereka. Tetapi kebanyakan daripada mereka memakai pakaian yang amat ketat, pendek dan terdedah bagi sesetengah kaum wanita. Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai jeans yang berlubang-lubang, ataupun memakai jaket ketika waktu panas. Mereka lebih mementingkan imej mereka daripada keselesaan dan penutupan aurat. Dengan ini juga, pemakaian mereka lebih jauh daripada pemakaian orang dahulu yang berlengkapkan baju kurung, atau kebaya dan tudung.

Bincangkan cara-cara yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Nyatakan atau buktikan cara-cara yang awak ketengahkan merupakan strategi yang baik.

Cara-cara yang berkesan ialah dengan belajar dengan memahami dan mampu untuk mengaplikasikan faktor-faktor yang diberi. Ini kerana supaya pemikiran akan berputar balik mengenai topik itu. Ia juga mampu unutk menyimpan maklumat penting. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian. tetapi itu masih tidak cukup. Seseorang itu harus mengulangkaji topik tersebut supaya topik itu sering bermain-main di minda kita. Justeru itu, apabila seseorang itu sedang menduduki peperiksaan, dia dapat menjawab soalannya kerana dia telah mengingati apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut dan telah biasa dengan soalan seperti itu.Tetapi ia memakan masa yang lama jadi seseorang itu harus memulakan pembelajaran atau ulangkaji kerja sekolah mereka jauh dahulu sebelum peperiksaan.

Bincangkan tentang faedah-faedah yang boleh diraih dalam kita bersukan. Cuba kaitkan dengan nilai murni, kesihatan, ekonomi, hubungan baik antara indi

Dengan bersukan, kita dapat menyegarkan badan kita dan kita juga dihindari dari segala penyakit yang berbahaya. Dengan itu kita dapat ke sekolah ataupun kerja supaya kita dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Jika rakyat dapat bersepadu untuk bersukan, negara terebut akan dihindari oleh rusuhan ataupun pergolakkan kaum. Kerana dengan bersukan kita dapat mengeratkan lagi hubungan anatara kaum dan rakyat. Justeru itu Bersukan adalah penting kereana ia boleh menjejaskan personaliti, emosi dan pekerjaan seseorang.

Bincangkan bagaimana kita boleh mengeratkan lagi hubungan antara kaum di sekolah ini secara khususnya dan di Singapura secara umumnya.

Ada pelbagai cara untuk memperbaiki hubungan antara kaum.Satu daripadanya ialah dengan mengenal mereka dengan lebih rapat. Kita perlu pelajari kaum dan adat mereka supaya kita tidak akan terguris hati mereka. Kita mesti ambil tahu apa larangan bagi kaumnya. Contohnya, kaum Muslim. Larangan bagi orang Muslim ialah lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita. Haram. Dan juga orang Muslim hanya makan rezeki yang halal. Halal dari sudut ini ialah tiada kadungan khinzir, binatangnya disembelih dengan cara Islam, ataupun lain-lain lagi. Dengan ini kaum yang lain akan cuba menghindari aspek larangan kita supaya kita berasa selesa ketika mereka bersama.
Tetapi pihak pemerintah juga harus memainkan peranan supaya hubungan antara kaum yang berbeza dapat di eratkan.Ia seperti menghadkan jumlah penduduk yang berbangsa sama pada sesebuah blok supaya mereka boleh tinggal bersama. Pemerintah juga boleh mengadakan aktiviti untuk kaum pelbagai bangsa menyertai. dengan ini mereka akan mengeratkan sirratulrahim dan mereka akan memaafi stu sama lain jika ada salah faham antara sesendiri. Walaubagaimanapun, masih ada juga sesetengah kaum yang tidak boleh bekerjasama , pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman supaya mereka tahu penting dan baiknya hubungan antara kaum yang kuat.
Di sekolah juga, pengetua sekolah harus memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja dia harus melantik guru-guru yang berguna, malah dia harus melantik guru dari berbilang bangsa. Ini supaya mereka dapat memberi contoh kepada pelajar. Dan hari keharmonian kaum juga [patut dirai di sekolah supaya pelajar akan dapat tahu tentang kaum lain seperti, melayu, cina, keling ataupun orang putih. Oleh itu pelbagai aktiviti juga boleh diadakan sempena meraikan hari tersebut. Pihak administrasi juga perlu bijak memenuhkan sesebuah kelas penuh dengan kaum yang berbeza. Ini supaya mereka dapt bekerjasama ketika ada projek sekolah.
Secara keseluruhan mengeratkan hubungan antara kaum dapat memberi manfaat kepada seseorang individu, kumpulan dan juga masyarakat. Dengan itu Singapura boleh dijadikan contoh kepada negara yang lain sebagai negara yang berbilang kaum. Terima Kaseh!

Ikrar Keharmonian Kaum

Saya berikrar akan memilih kawan tidak kesah warna kulitnya ataupun keturunannya.

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa?

Kita boleh mendidik mereka dan menekankan pentingnya berbudi bahasa. Kerana anda pasti tidak ingin orang yang berkelakuan biadap terhadap kamu. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu tiada nilai moral. Dalam hal ini juga ibu bapa memainkan peranan yang penting supaya anak mereka dididik dengan betul. Tetapi jika zaman dahulu, ibu bapa mereka berkelakuan buruk, pasti anak mereka akan mencontohi sikap mereka dan ibu bapa ini akan terasa peritnya mengaja anak yang biadap. Kebaikan berbudi bahasa, orang awam akan lebih senang berada dengan kita kerana akhlak kita dan budi bahasa kita. Ia seperti jikalau kita menghormati seseorang itu, pasti dia akan membalas balik kebaikan kita. Dalam susut pekerjaan majikan akan lebih tertarik dengan budi bahasa kita dan mungkin kita akan dipilih untuk mewakili syarikat. Dengan ini nama syarikat akan maju dan tidak dicemar.

Mengapa penting kita utamakan keharmonian kaum?

Keharmonian kaum adalah penting kerana ini supaya negara singapura akan menjadi aman dan tiada kacau bilau ataupun kekecohan ayng berlakau yang boleh mengancam nyawa rakyat. Jika kaum di singpura tidak harmoni, akan ada pergolakkan ataupun rusuhan kaum yang berlaku.