Thursday, August 13, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Singapura sebagai rakyat Singapura

Assalamualaikum para hadirin sekalian. Pada 0908, rakyat Singapura telah meraikan hari kemerdekaan mereka yang ke empat puluh empat. Saya berbesar hati mengucapkan selamat hari kemerdekaan Singapura kepada semua umatnya tidak kira bangsa, agama, dan lidah.

Hari Kebangsaan ini penting bagi mengingatkan kita semua apa yang dilalui oleh orang tua kita, pemimpin kita hinggalah Singapura menjadi negara termasyhur. Mereka telah membanting tulang untuk membangunkan Singapura supaya manusia akan datang akan menikmati keindahan alam di Singapura. Hari itu juga mengingatkan kita tentang perjuangan orang tua kita mengawal keamanan dan kesejahteraan di dalam negeri ini. Hari 0908 menunjukkan kita bahawa Singapura telah berjaya untuk berdikari sendiri selama empat puluh empat tahun.

Ketika kita menyambut hari kemerdakaan kita, kita tidak lupa juga akan orang yang menderita ataupun orang yang kurang upaya. Mereka juga ingin meraikan hari kemerdekaan ini sama dengan kita. Dengan itu pihak penganjur NDP telah meminta orang supaya dermalah dengan selera hati untuk menolong orang yang kurang upaya.

Pada hari tersebut, hanya beberapa ribu orang yang akan terpilih untuk menonton perayaan hari tersebut di satu-satunya pentas terapung yang terbesar di dunia di Marina Bay. Dan juga sudah tentu setiap tahun akan ada pembarisan dari Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Polis Singapura, Pasukan Bomba Singapura, dan lain-lain lagi. Persembahan oleh Pasukan Pertahanan Singapura tidak gagal untuk memukau kita dengan ketangkasan mereka memerangi pengganas di Singapura. Dan juga pada pukul 8:22 malam, seluruh rakyat Singapura di seluruh dunia mengambil ikrar sebagai seorang rakyat Singapura.

Pada hari 0708, perdana menteri Singapura, Encik Lee Sien Long, telah membuat taklimat mengenai kemerdekaan Singapura yang ke empat puluh empat. Dalam taklimatnya itu, dia juga mengetengahkan isu-isu sosial di Singapura. Beliau juga mengatakan bahawa walaupun Singapura sekarang terjejas dengan isu kemerosotan ekonomi, Singapura masih mampu menolong pihak dan syarikat yang memerlukan wang supaya ekonomi Singapura kekal bersaing. Ini juga menunkukkan bahawa pentingnya untuk kita mengikat akan Pertahanan Mutalak yang kita raikan setiap tahun 1502.

No comments:

Post a Comment