Thursday, July 30, 2009

Bincangkan bagaimana kita boleh mengeratkan lagi hubungan antara kaum di sekolah ini secara khususnya dan di Singapura secara umumnya.

Ada pelbagai cara untuk memperbaiki hubungan antara kaum.Satu daripadanya ialah dengan mengenal mereka dengan lebih rapat. Kita perlu pelajari kaum dan adat mereka supaya kita tidak akan terguris hati mereka. Kita mesti ambil tahu apa larangan bagi kaumnya. Contohnya, kaum Muslim. Larangan bagi orang Muslim ialah lelaki tidak boleh bersentuhan dengan wanita. Haram. Dan juga orang Muslim hanya makan rezeki yang halal. Halal dari sudut ini ialah tiada kadungan khinzir, binatangnya disembelih dengan cara Islam, ataupun lain-lain lagi. Dengan ini kaum yang lain akan cuba menghindari aspek larangan kita supaya kita berasa selesa ketika mereka bersama.
Tetapi pihak pemerintah juga harus memainkan peranan supaya hubungan antara kaum yang berbeza dapat di eratkan.Ia seperti menghadkan jumlah penduduk yang berbangsa sama pada sesebuah blok supaya mereka boleh tinggal bersama. Pemerintah juga boleh mengadakan aktiviti untuk kaum pelbagai bangsa menyertai. dengan ini mereka akan mengeratkan sirratulrahim dan mereka akan memaafi stu sama lain jika ada salah faham antara sesendiri. Walaubagaimanapun, masih ada juga sesetengah kaum yang tidak boleh bekerjasama , pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman supaya mereka tahu penting dan baiknya hubungan antara kaum yang kuat.
Di sekolah juga, pengetua sekolah harus memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja dia harus melantik guru-guru yang berguna, malah dia harus melantik guru dari berbilang bangsa. Ini supaya mereka dapat memberi contoh kepada pelajar. Dan hari keharmonian kaum juga [patut dirai di sekolah supaya pelajar akan dapat tahu tentang kaum lain seperti, melayu, cina, keling ataupun orang putih. Oleh itu pelbagai aktiviti juga boleh diadakan sempena meraikan hari tersebut. Pihak administrasi juga perlu bijak memenuhkan sesebuah kelas penuh dengan kaum yang berbeza. Ini supaya mereka dapt bekerjasama ketika ada projek sekolah.
Secara keseluruhan mengeratkan hubungan antara kaum dapat memberi manfaat kepada seseorang individu, kumpulan dan juga masyarakat. Dengan itu Singapura boleh dijadikan contoh kepada negara yang lain sebagai negara yang berbilang kaum. Terima Kaseh!

No comments:

Post a Comment