Thursday, July 30, 2009

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa?

Kita boleh mendidik mereka dan menekankan pentingnya berbudi bahasa. Kerana anda pasti tidak ingin orang yang berkelakuan biadap terhadap kamu. Ia juga menunjukkan bahawa seseorang itu tiada nilai moral. Dalam hal ini juga ibu bapa memainkan peranan yang penting supaya anak mereka dididik dengan betul. Tetapi jika zaman dahulu, ibu bapa mereka berkelakuan buruk, pasti anak mereka akan mencontohi sikap mereka dan ibu bapa ini akan terasa peritnya mengaja anak yang biadap. Kebaikan berbudi bahasa, orang awam akan lebih senang berada dengan kita kerana akhlak kita dan budi bahasa kita. Ia seperti jikalau kita menghormati seseorang itu, pasti dia akan membalas balik kebaikan kita. Dalam susut pekerjaan majikan akan lebih tertarik dengan budi bahasa kita dan mungkin kita akan dipilih untuk mewakili syarikat. Dengan ini nama syarikat akan maju dan tidak dicemar.

No comments:

Post a Comment