Saturday, March 14, 2009

14 haribulan 3

Hari ini saya bercadang untuk pergi berpancing di pantai Changi tetapi keadaan tidak mengizinkan. Jam pukul sembilan pagi, saya baru bangun dari tidur dan saya telah pun mendapat buku rekod sekolah. Ibu saya tidak beberapa gembira dengan keputusan saya. Katanya cikgu telah mengatakan pelbagai benda yang negatif tentang saya ketika di 'Parent Teacher Dialog'. Selepas mandi saya pergi ke bilik stor dan mengeluarkan joran saya. Saya menyiapkan peralatan saya dan lalu sarapan pagi. Waktu sudah pun 3 petang dan saya masih di rumah. Tengok-tengok juga jam bila hendak pergi tetapi saya sedang tonton cerita Hindustan. Saya memang bercadang hendak keluar pukul 5 petang dan pulang esok lapan pagi. Jadi sempatlah saya tidur sebentar sebelum saya pergi ke kelas agama esok. Tetapi cuaca semakin lama semakin gelap. Hati saya semakin lama semakin tidak tenteram. Ketika saya hendak menukar pakaian saya untuk pergi, ibu saya pun teriak," Asri dah hujan ni! Tak usah pergi pancing." Saya betul-betul marah tetapi kemarahan itu terpaksa dihilangkan kearana ia diibaratkan seperti melawan takdir. Saya menyimpan peralatanku dengan muka yang muram. Sudah lama saya tidak pergi pancing tapi kali ini ada sahaja yang timbul. Aku mengerakkan kakiku ke dalam bilik dalam mengeluarkan buku sekolah dan selesaikan kerja sekolah. Sambil itu terfikir-fikir juga ikan yang bakal saya dapat jikalau saya pergi pancing siang tadi.

No comments:

Post a Comment