Friday, March 13, 2009

Filem yang anda gemari




Saya gemari toton filem Qabil Khushry Qabil Igam. Ia mengisahkan tentanh persahabatan antara adik beradik yang boleh diibatratkan seperti air dincincang tidak akan putus. Pada mulanya ia menceritakan tentang dua adik beradik lelaki yang rapat sejak kecil lagi. Ceritanya bermula dengan Khushry dan Igam yang lewat ke sekolah. Mereka terpikat dengan sepasang beradik yang perempuan. Mereka pun jatuh cinta dan bercadang untuk berkahwin tetapi Igam menghadapi masalah ketagihan dadah sejak dia menuntut di universiti. Dia ditangkap polis dan telah dibebaskan. Igam mula insaf dan lama-kelamaan dia di sahkan menghidapi HIV positive. Kekasihnya juga telah dikahwinkan dengan lelaki yang sudah beristeri kerana keluarnya ingin menutup malu. Igam mengongkong dirinya di dalam bilik. Ibubapanya tidak tahu akan ini. Ini sehinggakan dia mengamuk dan hilang kawalan diri sehinggakan dia menolak ayahnya ketika membongkar rantai emas untuk digadai untuk membeli dadah. Kepala ayahnya terantuk di tiang rumahnya lalu berdarah dan disitu juga ayahnya meniggal dunia, Ketika orang kampung sedang membaca surah yasin pada hari pengebumian, Igam pun datang melutut di depan mayat ayahnya dan merayu kepada ibunya untuk memaafkanya. Namun ibunya tidak mempedulikannya dan menghalau Igam dari rumah. Khushry menjelaskan kepada ibunya yang Igam hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk hidupkerana menghidapi penyakit HIV. Ibu tersedar dan air mata menitis ke pipinya. Khushry mencari adiknya yang sedang menyembunyikan diri dari polis di sebuah pondok. Khushry merayu kepada Igam supaya menyerah diri . Apabila mereka berdua keluar untuk menyerak diri, suami bekas kekasih kepada Igam merampas sepucuk pistol dari polis yang sedang berjaga di situ lalu melepaskan sedas tembakan kearah Igam. Khushry sedih bercampukan marah lalu mengabil pisau dan lari kearah pembunuh itu. Ketika itu polis sudah menahan pembunuh itu tetapi Khushry masih marah dan ingin menghunuskan pisau itu ke arah pembunuh itu. Polis pun melepaskan tembakan ke arah Khushry.


Akhir kata cerita ini mengisahkan tentang pertalian yang amat kuat antara adik beradik. Si abang akan menjadi ketua dan mengajar adik kepada jalan yang benar. Kita jangan putus asa dengan ahli keluarga kita walaupun mereka sejahat mana pun kerana pertalain antara kita dan mereka adalah terlalu indah dan tidak ada apa yang menggantikan keindahan itu selain Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment