Friday, March 27, 2009

Peristiwa yang menggembirakan pada hujung minggu.

Pada hujung minggu ini, akhirnya saya dapat pergi ke kelas madrasah saya di Onan Road. Saya selalu menanti-nantikan hari minggu. Disana saya dapat mempelajari banyak perkara tentang pelajaran Islam.

Saya dipindahkan dari Madrasah Jamiyah ke Madrasah Masjid Khalid. Ciri-ciri dan suasana di Masjid Khalid membolehkan para pelajar untuk belajar dengan keadaan yang selesa. Kami belajar seperti cara orang kampung, duduk bersila berkerumun Ustaz yang sedang memberi ceramah. Walaupun sistem di situ tidak tersusun objektifnya adalah hanya untuk meningkatkan ilmu pelajar dalam pelajaran Islam. Pada tahun akhir, pelajar yang telah lulus peperiksaan boleh menyambungkan pembelajaran untuk mendapat kelulusan diploma dalam pembelajaran Islam. Saya memang berazam untuk mendapatkan sijil itu.

Tetapi pada minggu ini saya ingin bertanya kepada Ustaz saya tentang Al-Quran. Penjelasannya jelas dan kami dapat memahami apa yang cuba dikatakan. Ustaz kami tidak pernah memarahi kami walaupun keadaan tunggang-langgang. Prinsipnya ialah tidak berguna jikalau memarahi seseorang jikalau hatinya meng keras, sebaiknya kita nasihat dia atau berbaik dengannya supaya hatinya lembut. Dan dengan mendengar dan memahami ceramahnya, dia perpendapat bahawa mereka akan sedar yang diri mereka adalah lemah tanpa pertolongan dari Yang Maha Esa. Pada bulan lalu, dia tidak dapat hadir ke kelas kerana ada urusan penting. Hatiku seperti pecah seribu. Tetapi pada kelas minggu selepas itu, dia belanja kami sekelas makan Pizza. Ia bermakna kerana kami berpendapat bahawa Ustaz kami mahu menebus kesilapannya kerana tidak hadir ke kelas tetapi kami juga tahu dia suka mengongsikan rezekinya.

Tetapi, kadangkala, saya terasa malas untuk pergi kelas kerana ia terletak jauh dari rumah saya. Saya perlu menaiki bas 28 dari Sekolah Menengah Dunman dan turun di perkentian bas si Joo Chiat. Perjalanannya memakan masa yang paling lama empat puluh minit. Dari situ saya akan mengunjungi rumah nenek dan saudara saya yang sama deret di tingkat sebelas.

Masjid Khalid juga terkenal dengan masakan enaknya. Mereka pakar memasak lauk Briyani yang luar biasa. Rasanya seperti bermian-main di lidah. Mereka sering memasak lauk ini dan akan menjualnya sebagai amal. Kadangkala, ketika saya sedang belajar, aromanya mmenusuk ke lubang hidungku menggugat nafsuku. Saya juga selalu nanti-nantikan hari Sabtu bulan Ramadhan, mereka akan menyediakan nasi briyani untuk waktu berbuka. Selepas solat terawih, mereka akan mengagihkan nasi briyani ini jika masih ada lagi. Jika bergitu waktu akan mencecah pukul sepuluh malam dan jika saya mahu pulang ke rumah ia akan mencecah sebelas. Dengan itu saya berkiamulai di masjid. Pengalaman ini bermakna kerana saya dapat pengalaman dan mempelajari Islam dengan lebih dalam lagi.

Akhirkata, saya pelajari pelbagai perkara dan juga saya dapat meningkatkan minat dalam Islam.

6 comments:

  1. Karangan yang amat panjang.Cara yang menarik untuk menceritakan peristiwa yang menggembirakan anda pada hujung minggu.
    Bagus! -Yasmin

    ReplyDelete
  2. discripsi yang bagos tentang apa yang terjadi.
    menarik untuk dibaca.

    ReplyDelete
  3. Bagus, kerana telah mebuat satu peristiwa kecil menjadi lebih menarik, dengan cara penulisan kamu. Secara keseluruhan, saya suka dengan deskripsi yang kamu telah berikan di setiap perenggan.

    ReplyDelete
  4. Bagus
    cerita yang menarik.
    discripsi banyak dan bagus

    ReplyDelete