Friday, April 24, 2009

Surat Kiriman

Muhammad Asri Zainudin
Jalan Babas, Blk 9
#99-999

290409

Pengurus Sistic
Jalan Latipah Blk 54
Singapura 123456

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN

Berhubung perkara diatas, saya selaku pelanggan Sistic dengan sukacitanya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan tuan yang kurang memuaskan. Ini telah menjejas banyak orang yang berpusu-pusu ingin membeli tiket untuk menonton persembahan.

Saya mendapati ada beberapa perkara yang kurang memuaskan. Layanan jurujual di kaunter kurang sopan. Dia sering menengking-nengking terhadap saya. Saya dapati daripada raut wajahnya, dia bosan atas sikap saya yang sedang semak jumlah wang yang perlu dibayar. Dia mungkin mempunyai masalah di rumah tetapi dia tidak harus mencampuradukan hal keluarga dengan kerja. Ini boleh menjejas martabat syarikat tuan secara keseluruhan.

Saya juga mendapati masalah ketika melungsuri lelaman tuan. Masalah seperti teknikel dan lain-lain lagi sering ditemu. Saya juga perasan bahawa lelaman itu tidak menjelaskan harga-harga tiket, jenis-jenis tiket dan pelbagai lagi. Lelaman tuan seperti ketinggalan zaman. Tiket-tiket yang lama masih lagi ada. Saya juga dapati sukar untuk membeli secara 'online' kerana sistem pembayaran di lelaman itu tidak berfungsi. Saya harap pihak tuan dapat mengupah seorang yang pakar dalam bidang IT supaya dia dapat membantu tuan untuk mengemaskinikan lelaman tuan untuk memuaskan kehendak pelanggan.

Semoga dengan aduan dan masalah yang saya telah ketengahkan ini dapat perhatian tuan. Dan supaya tuan dapat mempertimbangkan cadangan saya supaya syarikat tuan akan kekeal bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Secara tidak langsung juga pelanggan akan gembira dengan perkhidmatan yuang diberikan oleh pihak tuan.

Saya mahu ucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang tuan berikan. Besarlah harapan saya jika tuan sudi kunjung ke setiap cawangan tuan yang ada untuk melihat dengan lebih jelas lagi masalah yang kami hadapi. Secara tidak langsung, ramai pelanggan yang sudi berkunjung ke kaunter tuan untuk membeli tiket.

Perhatian dan pertimbangn tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Muhammad Asri Zainudin

No comments:

Post a Comment