Wednesday, April 1, 2009

Belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara sendirian. Bincangkan.

Karangan Ekspositori






Dia Ibu ku

I-informasi

A-analisis


I-isi

B-bukti, contoh-contoh
U-ulasan kecil untuk isi itu sahaja


K-kesimpulan, penanda wancana

U-tekankan 'umph'




Tidak! Belajar dalam berkumpulan lebih tidak baik berbandingkan daripada belajar sendirian. Ada sesetengah pelajar yang tidak setuju kerana memang ada sesetengah orang yang belajar lebih baik jika berkumpulan.

Belajar dalam berkumpulan ada baik dan buruknya. Yang baik, pelajar dapat mengongsi idea atau menukar pandangan supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru atau untuk pengukuhkan pendapat mereka. Jika mereka duduk dalam satu meja dan berbual tentang sesuatu topik dan jika mereka ada sebarang keraguaan atau masalah yang ingin diselesaikan mereka boleh menanyakan kepada ahli kumpulan lain. Dengan ini idea atau informasi tentang topik itu tidak terhad untuk sesetengah orang malah informasi seseorang boleh melebihi apa yang diperlukan untuk menjawab kertas soalan dalam peperiksaan. Kerjasama dan disiplin setiap ahli kumpulan d=perlu ada untuk proses pembelajaran berlaku. Jika tidak mereka akan berbual tentang topik yang tiada kaitan dengan pembelajaran sekolah. Mereka juga mungkin membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.
Belajar secara sendirian juga ad baik dan buruknya. Yang baiknya seseorang itu akan lebih fokus ketika sedang belajar. Mereka juga akan mengadaptasikan keadaan dan suasana untuk proses pembelajaran berlaku. Contohnya seperti seseorang itu akan menyediakan makanan dan minuman sebelum belajar kerana mereka belajar lebih baik ketika sedang mengunyah sesuatu. Ataupun ada diantara mereka yang belajar sambil mendengar muzik. Ibu bapa kadang-kala tidak percaya atau mengatakan cara ini mengarut tetapi ia berkesan mengikut kajian para saintis. Tetapi ada uruknya juga. Mereka tidak dapat menyelesaikan keraguaan mereka atau masalah yang mereka hadapi ketika mengulangkaji. Jika ini berulang mereka mungkin akan putus asa untuk memahami soalan atau menyelesaikan keraguaan mereka. Tetapi bagi pelajar yang baik, dia akan mengemukakan keraguan mereka atau masalah mereka di kelas atau kepada cikgu. Seseorang yang belajar secara sendirian juga akan lebih fokus kerana tiada halangan yang menguji nafsu mereka.
Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa belajar secara sendirian lebih baik daripada belajar secara berkumpulan. Ini kerana pelajar dapat fokus lebih ketika sendirian dapat dapat menyelesakan diri mereka ketika sedang belajar.

No comments:

Post a Comment