Friday, April 3, 2009

Sambutan Hari Persahabatan Kaum

Hari ini, aku berpakaian juba dilengkapkan dengan tarban. Wajahku dihiasi dengan misai yang melenting menyerupai wajah orang arab. Aku memakai capal dan badanku disembur dengan minyak atar. Tetapi aku terasa tidak sedap hati, kerana pakaianku tidak kena dengan beg sekolahku yang besar.

Aku menaikiki bas 28 untuk ke sekolah. Ramai merenung ke arah aku. Aku rasa tidak selesa dan malu. Namun hatiku berniat untuk menyambut hari persahabatan kaum di sekolah bersama guru-guru dan rakan-rakanku.

Kakiku melangkah ke dewan sekolah untuk menonton persembahan yang diadakan oleh kumpulan Budaya Singapura sempena perayaan ini. Ia mengisahkan empat rakan baik yang berbilang kaum datang ke sebuah negara untuk melanjutkan pelajaran. Namun negara itu menghadapi kesukaran untuk meharmonikan rakyatnya kerana pertengkahan anatara kaum. Persembahan itu memberi pengajaran bahawa persahabatan kaum itu penting untuk mendirikan negara.

Aku juga sempat bergambar dengan rakan dan guruku yang mengenakan baju kurung, cheong sam dan berbagai-bagai. Ada yang tidak mengenakan apa-apa. Maksudnya mereka hanya memakai baju sekolah. Kami juga mengongsi makanan tradisional bangsa sesama rakan-rakan semasa di kelas. Aku menyumbangkan roti pita yang melambangkan makanan tradisional orang Arab. Aku juga dapat merasakan makanan orang Cina, Melayu, dan Tamil. Hatiku seperti was-was akan makanan itu samada ia halal atau tidak. Makanan itu seperti kuih bulan, roti canai, kek matahari, kuih tat dan juga chapati.

Lepas sekolah, aku ke perpustakaan untuk membuat projek yang memerlukan penyelidikan mengenai bangsa-bangsa dan sejarahnya. Perhatianku tertarik kepada sebuah artikel lama yang menceritakan kisah lama yang terjadi di Singapura. Ia membabitkan pertengkahan antara dua kaum, Melayu dan Cina. Orang melayu sedang merayakan perayaan Hari lahir Nabi Muhammad. Mereka berbaris di jalan raya sambil mengalu-alukan nama Yang Maha Esa. Tetapi orang Cina seperti tidak senang hati akan perayaan yang diadakan itu. Orang itu membaling sebuah botol kearah kumpulan ramai. Selapas itu mereka bergaduh dan mengakibatkan ramai pembunuhan dan rusuhan berlaku.

Secara keseluruhan pada hari tu, saya mempelajari bahawa tanpa Hari persahabatan kaum, kita tidak dapat mengalu-alukan persahabatan antara bangsa.

1 comment:

  1. Bahasa digunakan dengan betul. Ada sikit kesilapan ejaan.

    ReplyDelete